Secara amnya, perisian-perisian yang terdapatdi pasaran boleh dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan fungsi, jenis, tujuan dan sebagainya. Perisian sistem pengoperasian dalam sesebuah komputer merangkumi sistem pengoperasian dan juga kemudahan-kemudahan berkaitan yang membolehkan sesebuah sistem komputer beroperasi dengan lancar. Contoh perisian sistem pengoperasian antaranya ialah Microsoft Words, DOS, Unix, MacOs, Solaris dan sebagainya.
1. Perisian Utiliti
- Perisian utiliti berperanan bagi menyokong, mempertingkatkan keupayaan serta menyelenggara perisian-perisian dan juga perkakasan yang sedia ada pada sesebuah sistem komputer.
- Contoh-contoh perisian utiliti yang utama adalah perisian pengurusan ingatan, anti virus, diagnostik sistem, salinan pendua, keselamatan data, pemadatan fail dan sebagainya.
- Conoth:
- Disk Clean-up, disk defragmenter, Perisian antivirus, Penjagaan cakera keras, Sistem sokongan (back-up), Utiliti arkib (archieve), Utiliti Pemampatan (compression), Utiliti Penyulitan (Encryption)
2 Perisian Pemprosesan Perkataan
Pemproses perkataan merupakan perisian komputer yang digunakan untuk mengarang, meformat, menyunting, dan mencetak dokumen. Pemproses perkataan merupakan perisian penggunaan terawal yang digunakan untuk meningkatkan lagi produktiviti pejabat dan komputer peribadi.
Sesuatu pemproses perkataan juga ada dalam bentuk unit komputer bersendirian yang serupa kepada mesin taip, cuma lazimnya termasuk kecanggihan teknologi seperti skrin, pilihan pemformatan dan pencetakan canggih, serta kebolehan menyimpan dokumen dalam kad memori atau disket. Pemproses perkataan kebanyakannya membolehkan penggunanya memilih antara penaipan biasa dan penukaran mod-mod pemprosesan perkataan. Pemproses perkataan sedemikian ini tidak harus dikelirukan dengan mesin taip elektrik.
Pemproses perkataan merupakan keturunan dari alatan pemformatan teks (text formatting) awal (kadang-kadang dipanggil alatan justifikasi teks (text justification) sempena satu-satu kebolehan sebenarnya). Pemprosesan perkataan adalah salah satu daripada aplikasi-aplikasai terawal bagi komputer peribadi dalam produktiviti pejabat.
Walaupun pemproses perkataan awal menggunakan tokokan berasakan tag (tag-based markup) bagi pemformatan dokumen, kebanyakan pemproses perkataan terkini mempunyai kelebihan antara muka unit grafik (graphical user interface atau GUI). Kebanyakannya adalah sistem-sistem berkuasa yang terdiri daripada satu atau lebih program yang boleh menghasilkan mana-mana kombinasi sebarangan imej, grafik dan teks, yang mana teks dikendali dengan kebolehan type-setting.
Microsoft Word merupakan sistem pemprosesan perkataan komputer yang paling laris digunakan; Microsoft menganggarkan bahawa lebih 500 juta orang menggunakan setOffice. Selain itu, terdapat juga perisian penggunaan pemprosesan perkataan komersial yang lain, seperti WordPerfect. Perisian penggunaan sumber terbuka seperti OpenOfficeWriter dan KWord turut makin popular.
3 Perisian Hamparan Kerja
Perisian Hamparan Elektronik
6.1 Pengenalan kepada Perisian Hamparan Elektroik
6.1.1 Kegunaan Perisian Hamparan Elektronik
Mikrosoft Excel ialah program hamparan elektronik yang membolehkan anda menguruskan data, menyelesaikan pengiraan, membuat keputusan, menyediakan graf, menyelesaikan pengiraan, membuat keputusan, mengyediakan graf dan menyediakan laporan professional. Pogram Excel terdapat TIGA bahagian utama:
Lembaran kerja – Lembaran kerja membolehkan anda memasukkan, mengira, manipulasi dan analisis data seperti nombor dan teks.
Pangkalan Data – Excel dapat menguruskan data contoh jika anda memasukkan data baru dalam lembaran kerja, excel akan sisih, mencari data dengan tepat dan memilih data mengikut criteria.
Graf– Grafik carta yang mempersembahkan data. Excel boleh menghasilkan carta 2D dan 3D seperti graf kolum, carta pie dan lain-lain.
6.2 Memulakan Microsoft Excel
6.2.1 : Launch Microsoft Excel
1. Klik Start button pada Task Bar
2. Klik All Programs
3. Klik Microsoft Office untuk membuka aplikasi Microsoft Excel
Pengenalan kepada Window MS Excel
1. Main Menu
Main menu mempunyai 9 command yang deretannya ialah File, Edit, View, Insert,Format, Tools, Data, Window and Help di mana huruf pertama setiap huruf pertama mempunyai garis di bawahnya. Kamu juga boleh buka semua command dengan menekan ALT + Huruf. Contohnya tekan ALT + F untuk membuka menu File
2. Formatting Toolbar
4 Perisian Persembahan Elektronik
PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK
- Powerpoint 2007 merupakan perisian persembahan elektronik yang mempunyai banyak ciri-ciri baru dan serupa versi sebelumnya yang dapat dimanfaatkan. Microsoft Powerpoint menyediakan beberapa kaedah bagi membolehkan seseorang pengguna membina atau menghasilkan satu siri slaid atau persembahan elektronik yang diingini.
Persembahan
Sebuah persembahan adalah pengumpulan data dan maklumat yang perlu disampaikan kepada audien yang spesifik. Sebuah persembahan Powerpoint mengandungi kumpulan gambar elektronik yang terdiri daripada teks, grafik, imej, jadual, audio dan video. Koleksi ini dapat berjalan secara automatik atau boleh dikendalikan oleh penyampai
Membuka Aplikasi Microsoft Powerpoint
<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Klik Start, All Programs and Microsoft Office.
<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Pilih Microsoft Office PowerPoint 2003.
3. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan
<!--[if !supportLists]-->4. Paparan adalah antara muka PowerPoint
<!--[if supportLists]-->5. Berikut merupakan Menu bar dan Toolbars
Refleksi Diri
Secara keseluruhannya, dalam bab ini kita telah didedahkan dengan segala maklumat asas yang diperlukan dalam penggunaan teknologi maklumat untuk membolehkan kita mengakses maklumat dengan mudah, dapat menyediakan tugasan pembelajaran mengikut format yang diperlukan dan akhirnya dapat membina sendiri blog untuk membolehkan kita berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang lain. Oleh yang demikian, kita digalakkan mencuba sendiri setiap proses yang dijelaskan dalam bab ini supaya akhirnya kita dapat mengaplikasikan tugasan tersebut untuk menyempurnakan setiap tugasan yang akan diberikan.
ap
No comments:
Post a Comment