Kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu, kita perlu mengetahui teknik membaca yang betul kerana kemahiran ini amat penting dalam suatu proses pembelajaran.
Membaca adalah proses berfikir yang melibatkan pemikiran perkara tersurat, tersirat, menghubung kaitkan idea, menyoal, dan bertindak balas dengan memberi idea dan mengaplikasikan maklumat baru ke dalam situasi baru. Proses membaca yang berkesan memerlukan kemahiran yang tertentu. Untuk memperoleh keputusan yang cemerlang, seseorang pelajar perlu mempunyai kemahiran membaca yang betul. Bagi mengelakkan pembaziran masa, pelajar perlu mengetahui dan melatih diri untuk membaca dengan betul berdasarkan kaedah-kaedah pembacaan yang sesuai.
Proses Membaca
i. Sebelum membaca
- Menentukan bahan yang akan dibaca
- Menentukan cara bahan disusun
- Menentukan perkara yang perlu diingati daripada bahan
- Tujuan membaca
ii. Semasa membaca
- Mengenal pasti isi-isi penting
- Mengenal pasti pola pemikiran penulis
- Menghubungkan idea-idea
- Meramal apa yang akan berlaku
- Menghubungkan idea penulis dengan maklumat yang sudah diketahui
iii. Selepas membaca
- Mengenal pasti tujuan penulis
- menganalisis teknik dan bahasa penulis
- Menilai kecekapan dan kewibawaan penulis
Teknik Pembacaan
i. Cepat
- Kaedah membaca tanpa memerhatikan setiap perkataan dengan teliti
- Membaca satu artikel secara sistematik
- Tujuan : mencari maklumat daripada sesuatu sumber dengan efektif, mendapat idea pusat daripada sesuatu artikel.
- Kebaikan: mempertingkatkan kepantasan untuk membaca buku, menjimatkan masa dan tenaga, masa ulangkaji lebih efektif.
- Scanning
- •Teknik untuk membaca sesuatu maklumat atau fakta khusus dengan pantas•Membaca dengan lebih cepat, mudah dan optimum•Bermula dengan membaca indeks dan isi kandungan, kerana bacaan tersebut akan memudahkan mencapai arah matlamat•Mencari maklumat yang mudah yang tidak melibatkan idea yang rumit•Mencari maklumat yang memerlukan huraian yang panjang sahaja semasa memerlukan
- Skimming
- •Teknik bacaan pantas sementara•Membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat•Melompat dari satu bahagian ke bahagian yang lain dalam muka surat yang sama•Hanya kepantasan dititik beratkan•Membaca Tajuk, Tajuk Kecil, Simbol, Huruf-huruf dihitamkan, dan sebagainya
ii. Cepat
- SQ3R (Satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan).
- S-SURVEY(MENGKAJI)Q-QUESTION(MENYOAL)R-READ(MEMBACA)R-RECITE(MENYEBUT)R-REVIEW(MENGULAS)
- KWLH
- K (KNOW)- apa yang telah diketahui• W (WANT)- apa yang hendak diketahui• L (LEARNED)- apa yang telah diketahui• H (HOW)- bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan
Refleksi Diri
Selain teknik pembacaan cepat, terdapat juga
teknik pembacaan perlahan yang
turut dikenali sebagai teknik bacaan secara kritis. Teknik bacaan ini terdiri daripada dua teknik iaitu teknik K-W-L-H
(know, want, learned, how) dan teknik SQ3R
(survey, question, read, recite, review). Segala teknik-teknik pembacaan yang
telah dipelajari ini diharapkan dapat membantu kita dalam menguasai bidang akademik di Institut Pendidikan
Guru(IPG) serta seterusnya dapat dicurahkan kepada anak didik kita, sekiranya,kita telah bergelar menjadi seorang pendidik kelak.
No comments:
Post a Comment