Wednesday, September 28, 2016

Bab 2: Pengurusan Pembelajaran

Pengenalan
Menurut perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah. Pengurusan juga melibatkan kerjasama dengan orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber-sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah.
   Pembelajaran pula adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang dididik hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan (Bower dan Hilgarf,1981). Pembelajaran juga merujuk kepada perubahan yang diwjudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam sesuatu situasi. Dalam menguruskan pembelajaran, terdapat beberapa elemen yang perlu difahami dan diteliti untuk membolehkan kita menguruskan pembelajaran dengan berkesan.
Image result


1. PENETAPAN MATLAMAT MENGGUNAKAN KAEDAH ‘SMART’

Specific : Individu perlu menetapkan matlamat yang spesifik dengan menjawab semua soalan (siapa , apa , di mana, bila , bagaimana dan kenapa)

Measurable : Pencapaian yang ditetapkan mestilah boleh diukur

Attainable : Boleh dicapai oleh individu tersebut . Mengikut tahap kebolehan dan kemahiran yang dimiliki individu tersebut

Realistic : Matlamat yang realistik iaitu boleh dicapai namun dengan usaha yang berterusan

Timely : Matlamat boleh dicapai secara berperingkat-peringkat







2. Pengurusan masa
i. KEUPAYAAN SESEORANG PELAJAR MENGURUS MASA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN DIRI DAN AKADEMIK.
ii. MEMILLIKI KELEBIHAN DALAM PENGGUNAAN MASA SECARA STRATEGIK DAN DAPAT MENYIAPKAN TUGASAN YANG DIBERIKAN DALAM MASA YANG DITETAPKAN
iii. SENARAIKAN PERKARA YANG PENTING/KURANG PENTING DAN SEGERA/TIDAK SEGERA
iv. TUGASAN DISELESAIKAN MENGIKUT MATLAMAT DAN OBJEKTIF YANG TELAH DITETAPKAN





Cara-cara pengurusan masa
 Menyenaraikan semua tugasan yang perlu disiapkan
Memilih tugasan yang lebih penting untuk disiapkan terlebih dahulu
(penting/kurang penting)
Menyenaraikan perancangan tugasan yang perlu disiapkan terlebih dahulu
(segera/tidak segera)
Menentapkan jangka masa untuk menyiapkan tiap-tiap tugasan
Sediakan “checklist” tindakan yang diambil
Memberikan fokus dan tumpuan sepenuhnya bagi menyiapkan setiap tugasan       (satu kerja/masa)

Image result for pengurusan masa



3. mengenali gaya pembelajaran kendiri
MAKSUD : CARA SESEORANG MELAKUKAN AKTIVITI PEMBELAJARAN SUPAYA OBJEKTIF PEMBELAJARAN TERCAPAI DENGAN LEBIH MUDAH DAN CEPAT
SETIAP INDIVIDU PERLU MENGETAHUI GAYA PEMBELAJARAN YANG DIMINATI
PENDIDIK HARUS BERUSAHA MEMAHAMI GAYA PEMBELAJARAN ANAK-ANAK MURIDNYA
GAYA PEMBELAJARAN ADALAH BERBEZA BAGI SETIAP INDIVIDU KERANA IA BERGANTUNG KEPADA KESELESAAN INDIVIDU TERSEBUT
AMALAN GURU-GURU DI SEKOLAH BERASASKAN MODEL PEMBELAJARAn
1. VARK
2. DUNN & DUNN


Apa itu VARK?
V: Visual (Melihat)
A: Aural (Mendengar)
R: Reading (Membaca)

K: Kinesthetic (Menggunakan kelima-lima Deria)


Apa itu DUNN dan DUNN?

  • Perbezaan atau variasi seseorang individu dengan norma kumpulan, sama ada dalam sifat kognitif, emosi, fizikal, moral ,tingkah laku, sosial atau bakat sememangnya wujud dalam sesebuah kumpulan (SanthiSuppiah, 1998; Dunn dan Dunn, 1978).
  • Perbezaan dalam diri individu boleh dikesan berkait dengan aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial.
  • Dalam Dunn dan Dunn (1978), gaya pembelajaran boleh dikategorikan kepada lima, iaitu: Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal, Psikologikal.
  • Dari segei persekitaran: Cahaya, Bunyi, Suhu, Reka Bentuk, Motivasi, Kecekalan, Tanggungjawab, Struktur, Rakan Sebaya, Persepsi Pancaindera, makanan dan minuman, Analitik, Impulsif dan sebagainya. 


Contoh perancangan Jadual Belajar
Image result

Image result


Refleksi Diri
Umum mengetahui, belajar bukanlah sesuatu yang mudah tetapi bukanlah sesuatu yang sukar. Untuk menjadikan belajar itu mudah, para pelajar mestilah menguasai kemahiran belajar yang sistematik. Kemahiran belajar sangat penting kepada para pelajar kerana dengan menguasai kemahiran tersebut pelajar akan dapat:
i. berupaya belajar sendiri tanpa kehadiran pesyarah.
ii. Menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran.
iii. Membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri.
 iv. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran kepada situasi lain sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan.
v. Mengetahui proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama pensyarah (formal) atau tanpa guru (nonformal).
vi. Menambah ilmu pengetahuan dan meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.

No comments:

Post a Comment