Wednesday, September 28, 2016

Bab 3: Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat

Pengenalan
Amalan pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar di bilik kuliah banyak dipengaruhi oleh faktor seperti kelengkapan sumber dan bahan pengajaran, saiz kelas dan faktor masa. Kajian menunjukkan bahawa sekolah-sekolah bestari yang telah diwujudkan dan dilengkapi dengan pelbagai sumber pelajaran serta bahan bantu mengajar yang merangkumi pelbagai media telah digunakan dengan jayanya oleh guru di sekolah berkenaan. Sumber yang digunakan didapati telah memberikan kesan kepada pencapaian pembelajaran seseorang pelajar.
    Olehitu, sebagai pelajar di IPG,, kita harus menguasai kemahiran memilih dan mengoptimumkan penggunaan sumber untuk mencapai dengan jayanya objektif pelajaran yang telah dirancang. Kita perlu berseida menghadapi cabaran-cabaran dan perubahan-perubahan yang dijangkakan dari segi amalan pengurusan pembelajaran di bilik darjah, khususnya dalam menguasai kemahiran menggunakan sumber pembelajaran dengan berkesan dan juga perubahan "Mindset" tentang kepentingan dan peranan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran.
Image result

1. Pencarian Sumber Maklumat
Apa itu maklumat?
ž- Data, bahan dan pengetahuan
Data yang tersusun dalam satu struktur yang  mempunyai makna
ž
Definisi pencarian maklumat :
ž- Aktiviti yang dilaksanakan secara terancang bagi mencari dan mendapatkan maklumat, bertujuan memenuhi sesuatu maklumat

ž- Proses asas yang berkait rapat dengan proses pembelajaran dan penyelesaian masalah

- Menurut Paisley dan Chen (1982) yang dipetik daripada Brown (1997),

ž- Maklumat boleh dikatan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasi


FAKTOR MEMPENGARUHI KEBENARAN MAKLUMAT:

Sifat berat sebelah penulis ataupun penerbit, kebolehpercayaan bahan rujukan yang digunakan oleh penulis dan faktor masa
Unsur tokok tambah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab


SUMBER MAKLUMAT DIPEROLEH DARIPADA :
Manusia
Bahan bercetak
Bahan pandaang dengar
Bahan berasaskan komputer




2. Pengurusan Maklumat
a) Objektif Pengurusan Maklumat
ž- Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran
ž- Meneroka isu atau masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri

-žMengumpul dan mengurus maklumat secara kendiri

b) Kepentingan Pengurusan Maklumat
- žMembantu individu merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan & kemahiran untuk meningkat kerjaya mereka
ž- Menguasai pelbagai kemahiran
- žMenghasilkan keputusan yang betul mengenai isu-isu yang penting


3. Pencarian Maklumat di Perpustakaan 
- žPerpustakaan ialah sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat
- Cara mencari bahan di perpustakaan :
ž- melalui proses melihat kad katalog untuk buku rujukan
- Bagi bahan-bahan lain selalunya ia tersimpan di beberapa tempat tertentu di di perpustakaan

ž- Pengurusan sistem OPAC
Image result


BAHAN YANG DIPEROLEH DI PERPUSTAKAAN:
Kamus
Kamus khas
Almanak
Direktori
Buku rujukan
Buku tahunan




4. Pelayaran Internet

  • Internet - gabungan jaringan komputer yang berkomunikasi menggunakan sistem pertuturan yang sama dikenali sebagai TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol).
  • Ia berfungsi sebagai satu rangkaian yang besar menghubungkan badan kerajaan, komersial, Institusi Pendidikan dan individu di seluruh dunia.
´Domain Name System (DNS)
´.com - Syarikat komersial
´.edu - Institusi Pendidikan
´.net - Perkhidmatan rangkaian seperti Internet NICs (Network Information Centers)
´.org - Organisasi yang kebanyakkannya tidak ber-asaskan keuntungan
´.mil - Jaringan Institusi Ketenteraan
´.gov - Organisasi Kerajaan
´.uk - United Kingdom
´.de - germany
Image result



5. Sumber Primer 
  • Merupakan maklumat asas yang diperoleh sendiri oleh penyelidik melalui temu bualpemerhatiananalisis dokemen dan soal selidik.

  • Ciri-ciri:

  • ´Tidak pernah diolah, diubah dan disebar secara umum/ memberi ulasan baru yang berbeza kepada ilmu pengetahuan terdahulu.
    ´Merupakan sesuatu bukti dan rekod, asli
    ´Mempunyai kesahan yang tinggi
    ´sukar dicapai kerana tidak disusun atau disenarai dengan sempurna atau berada di merata tempat.
  • Contoh: Jurnal, Tesis, Fail syarikat, temu ramah, diari, lukisan dan sebagainya.
  •  Jenis-jenis sumber primer: Sumber lisan, Sumber tulisan, Sumber benda.
      
  • 6. Sumber Sekunder
  • Contoh: Buku teks, Ensiklopedia,Kamus dan sebagainya.
  • Suatu sumber primer dapat menjadi sumber sekunder atau sebaliknya.

  • 7. Sumber Tertiari
  • Saringan tertiar merupakan saringan, rangkuman, atau kumpulan dari sumber primer dan sekunder.
  • Memudahkan proses mencari maklumat
  • Contoh: Panduan kepada perpustakaan, Direktori , Buku Tahunan dan sebagainya.



Image result


R

Refleksi Diri
      Secara keseluruhannya, dalam bab ini kita telah diberikan pendedahan kepada kemahiran memperoleh dan menguruskan maklumat. Kita juga telah diberikan input yang jelas terhadap pencarian sumber maklumat dan bagaimana untuk menguruskan maklumat tersebut. Selain itu, kita juga telah diberikan pendedahan yang mendalam terhadap proses pencarian maklumat di perpustakaan. Oleh yang demikian, kita dinasihatkan agar bijak menggunakan kesemua maklumat ini untuk membantu kita mendapatkan setiap maklumat yang diperlukan sepanjang proses pembelajaran berlangsung.


No comments:

Post a Comment