Mencatat nota adalah satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesanannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar. Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikkan teknik-tenik untuk menyediakan nota yang bermutu.
1. Cara Membuat Nota
Kemahiran mencatat nota juga merujuk kepada keupayaan kita untuk mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas.
Mencatat nota merupakan aktiviti yang sangat penting kepada pelajar terutamanya kita. Kemahiran mencatat nota yang efektif penting dalam proses pembelajaran di universiti kerana kuliah yang disampaikan oleh pensyarah merupakan sumber makluamt paling utama bagi para pelajar. Teknik mengambil nota boleh atau perlu dipelajari (Jabar Ibrahim, 1992).
- Terdapat 3 jenis catatan nota:
- a) Annotation - Memberi penjelasan dalam bentuk penerangan ringkas mengenai sesuatu kerja seperti artikel, bab buku, laman web dan filem.
- b) Outline Notes- Nota juga boleh diambil menggunakan outline, iaitu menggunakan frasa dan kata kunci.
- c) Column Notes- Column notes adalah cara mengambil nota menggunakan format berbentuk lajur. Teknik ini lebih sesuai bagi subjek Sains dan Matematik.
- d) Nota Rumusan- Nota juga boleh dicatat dalam bentuk rumusan. Nota rumusan mengandungi semua maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam perenggan.
2. Alat-alat Berfikir dalam Membuat Nota
- Penguasaan pelajar terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir.
- Contoh: pengurusan grafik, peta minda, Pemetaan i-Think, teknik menyoal aras tinggi, alat Cort 1, dan alat Cort IV.
- Kebaikan: meningkatkan kemahiran berfikir, menyampaikan idea dengan lebih tersusum, jelas dan mudah difahami.
Refleksi Diri
s Kesimpulannya, kita perlu bijak dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan.pemikiran yang kreatif dan kritis amat diperlukan untuk melansungkan kehidupan dengan baik pada abad ke-21 ini. Sebagai seseorang yang bakal digelar guru, kita harus memahami dan pandai mengaplikasikan pemikiran aras tinggi untuk menyelesaikan pelbagai masalah.maka,teknik menulis dan membuat nota serta pemahaman tentang alat-alat cort perlu diketahui dan dikuasai.
Penggunaan peta pemikiran dan peta minda adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis bagi menghasilkan sesuatu yang bermakna. Secara keseluruhannya, sama ada anda berfikir atas kapasiti sebagai seorang pendidik, mahupun ibu bapa atau pelajar, daya pemikiran kita perlu dirangsang agar dapat menyumbangkan sesuatu kepada pelajar kelak.
No comments:
Post a Comment