Wednesday, September 28, 2016

Bab 1 : Pengenalan Kemahiran Belajar

Pengenalan    
      Kemahiran belajar ialah satu kemahiran seumur hidup. Dengan ini, pelajar dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sendiri dalam proses belajar dan seterusnya dapat mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki kelemahan mereka tersebut. Elemen kemahiran belajar melibatkan proses pembelajaran yang melibatkan sistem pengajaran dan pembelajaran yang perlu dirancang dengan rapi. Selain itu, kemahiran-kemahiran generik perlu diperkembangkan di pusat pengajian tinggi khususnya Institut Pendidikan Guru. Bagi memastikan perkembangan kemahiran-kemahiran generik ini, pembelajaran masteri, pembelajaran kadar kendiri, akses kendiri, pembelajaran berasaskan otak dan projek serta pembelajaran secara berfikrah turut diaplikasikan. Menurut Hargreaves (1996), pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan mengingat semula maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya dalam kehidupan. Kaedah tersendiri individu ialah mencari, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat dikenali sebagai daya pembelajaran (Felder dan Henriques, 1995). 
      Memandangkan peranan guru semakin penting, lebih ramai guru sekolah rendah dijangka memperoleh ijazah dan ijazah sarjana. Hal ini demikian adalah bagi memastikan guru mempunyai tahap kecekapan mengajar yang tinggi kerana sekolah rendah menyediakan asas bagi membentuk keupayaan belajar dan penyerapan pengetahuan terhadap konsep kemahiran belajar dalam kalangan pelajar. Pendidikan asas yang kukuh merupakan teras bagi melahirkan tenaga buruh yang sihat, berkemahiran dan pintar yang membolehkan negara bersaing dengan jayanya di pasaran dunia.
Image result

Konsep Kemahiran Belajar
      
    Belajar cara belajar (BCB) merupakan satu bentuk kemahiran memperoleh teknik pembelajaran secara efektif dengan atau tanpa guru. Penguasaan kemahiran BCB amat penting bagi pelajar lantaran masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas adalah amat terhad. BCB akan membantu pelajar supaya mampu dan berupaya untuk belajar sendiri tanpa guru. Dengan menguasai kemahiran BCB, pelajar juga mampu menilai tahap pembelajaran sendiri dan seterusnya membuat sesuatu untuk meningkatkan prestasinya dalam pelajaran.
    Kajian oleh Bass dan Greary (1996) merumuskan bahawa salah satu cara penentuan kecekapan atau prestasi seseorang individu mempelajari dan kaedah atau gaya pembelajaran dapat membantu seseorang mengetahui dan memahami pengetahuan dan kemahiran dalam proses pembelajaran. Gaya pembelajaran yang dimiliki juga dapat membantu seseorang unruk mengenal pasti situasi pembelajaran dan mempertingkatkan prestasi pembelajaran (Dunn dan Stevenson, 1997).Pelajar yang tahu menggunakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan dirinya akan lebih mudah membantu mereka mencapai keputusan yang lebih cemerlang. Klavas (1994) dalam kajiannya mendapati bahawa setelah pelajar diperkenalkan dengan gaya pembelajaran dan menggunakannya, pelajar berkenaan telah berjaya mendapat keputusan lebih cemerlang.

Kemahiran belajar adalah:
i. Satu proses tindakan seseorang untuk mendapatkan perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan.
ii. Sebagai hasil pengalaman individu itu sendiri dalam interaksi dengan persekitarannya.
iii. Proses di mana seseorang itu memproses maklumat yang diperoleh dan membawa kepada perubahan atau peningkatan tingkah laku
iv. Beberapa maklumat yang penting sahaja masuk ke dalam minda dan disimpan di dalam memori.
v. Bagi pengalaman dan maklumat yang penting, satu proses mentor akan berlaku dan disimpan dalam minda.

Proses pembelajaran yang dilalui oleh setiap pelajar pula akan meliputi setiap ciri proses belajar seperti berikut:
i. Perubahan yang berlaku secara sengaja.
ii. Perubahan secara berterusan dan tetap.
iii. Perubahan bersifat aktif dan pasif.
iv. Perubahan bermatlamat dan terarah.
v. Perubahan tingkah laku secara holistik.

Perubahan bermatlamat dan terarah pula akan berlaku apabila terdapat perubahan seperti berikut:
i. Berlaku apabila terjadi perubahan tingkah laku di dalam diri anda.
ii. Sebagai contoh anda mendapat matlamat yang jelas dalam peperiksaan.
iii. Seterusnya anda berusaha ke arah yang telah ditentukan, maka berlakulah proses belajar yang lebih berkesan.






Persekitaran Pembelajaran di IPG
Persekitaran dan budaya pembelajaran di IPG adalah jauh berbeza dengan situasi yang anda pernah alami ketika berada di dalam persekolahan suatu ketika dahulu. Persekitaran pembelajaran di IPG adalah suatu jenama untuk membentuk dan melahirkan guru yang mengamalkan dimensi budaya seperti yang berikut:

a) Budaya Ilmu
  i. Pembelajaran sepanjang hayat.
 ii. Berilmu pengetahuan luas, mendalam dan terkini.
iii. Menguasai, mengamal , menghayati, dan berkongsi ilmu.

b) Budaya Kepimpinan
  i. Kebolehan membuat keputusan
 ii. Pemikiran reflektif.
iii. Mempunyai idea-idea yang bernas.
 iv. Bermotivasi tinggi untuk menggerakkan perubahan.
  v. Menetapkan ekspektasi dan pencapaian yang tinggi.
 vi. Kesetiaan kepada organisasi.

c) Budaya kerja profesional
 i. Mendokong visi dan misi organisasi.
ii. Meletakkan kerja sebagai amanah dan ibadah.
iii. Bersikap proaktif, kritis, kreatif dan inovatif.
iv. Mementingkan kualiti dan menepati piawaian yang ditentukan.

d) Budaya akhlak dan moral
 i. Sentiasa bersyukur
ii. Redha dengan qada dan qadar
iii. Ikhtiar dan doa

e) Budaya Penyayang
 i. Keprihatinan dengan makhluk
ii. Sayang akan diri, keluarga dan masyarakat.
iii. Budaya hidup sihat.
iv. Kesihatan dan kecergasan fizikal

f) Budaya Estetika
 i. Kehalusan budi
ii. Keunggulan peribadi
iii. Kesempurnaan kerja
iv. Kecantikan dan keindahan seni dan karya.
v. Keindahan persekitaran





Pembelajaran Regulasi Kendiri
Pembelajaran regulasi menjadi satu aspek yang penting dalam bidang pendidikan. Pembelajaran regulasi kendiri atau self-regulated learning didefinisikan sebagai kemahiran seseorang pelajar mengawal atur sendiri proses pembelajaran. Zimmerman (1989), Samsilah, Abdul Majid, Othman dan Rohani (2006). Hal ini menjelaskan bahawa tanggungjawab pembelajaran adalah tanggungjawab pelajar dan bukannya tanggungjawab guru. Pelajar bukan lagi dilihat sebagai individu yang hanya menerimamaklumat dan pengetahuan, malah secaraaktif terlibat dalam penyusunan dan pembinaan semula maklumat yang sedia ada dengan maklumat baru (Piaget, 1963; Perkins, 1992).
    Pembelajaran regulasi kendiri memerlukan anda bertindak secara aktif dengan melibatkan dalam menyusun dan membina semula pengetahuan sedia ada dan disesuaikan dengan pengetahuan baru. Melalui pembelajaran regulasi kendiri, IPG memberi ruang seluas-luasnya kepada pelajarnya untuk mengamalkan gaya pembelajaran yang sesuai dengan keperluan dan kehendak semasa. Peluang seluas ini akan membantu pelajar meneroka pembelajaran mereka menurut keperluan mereka sendiri dan akhirnya akan mebmbantu perkembangan akademik dengan lebih pantas lagi.




Refleksi Diri
Dalam bab ini, saya telah diberi pendedahan berkenaan konsep kemahiran belajar dan budaya pembelajaran di IPG. Hal ini penting dan perlu kita kuasaikerana kita boleh mengawal atur pembelajaran dengan lebih efisien sejak dari awal pengajian lagi. Pendedahan kepada kemahiran regulasi kendiri pula dapat membantuk kita membina tingkah laku positif, bijak menguruskan pembelajaran, mampu membina persekitaran pembelajaran yang kondusif serta menggunakan pendekatan pengajaran yang dapat meningkatkan kemahiran pembelajaran regulasi kendiri sepanjang pengajian di IPG.          

1 comment:

  1. Thank you for the useful notes. It's quite easy for me to do a last minute quick revision.

    ReplyDelete