Friday, September 30, 2016

Bab 8: Sistem Pengurusan Pembelajaran


Pengenalan

Sistem Pengurusan Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai 'Learning Management System'(LMS) merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, program e-pembelajaran dan kadar latihan. LMS merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan MAMPU. MAMPU telah merintis LMS di bawah inisiatif Perisian Sumber Terbuka atau Open Source Software (OSS). LMS boleh dibahagi kepada dua kategori, iaitu 'proprietary' dan 'open source'. Contof LMSproprietary yang biasa digunakan adalah blackboard, manakala contoh bagi LMS open sourcepula ialah Moodle. Ia digunakan secara meluas kerana percuma dan boleh diubahsuai. LMS di SPIN merupakan sistem pengurusan pembelajaran dan pengajaran interaktif yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah di UKM. Penyampaian maklumat kepada pelajar adalah secara maya kerana pelajar hanya perlu menekan atau klik link pada skrin komputer dan tidak memerlukan kos yang banyak.


1 Ciri-ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPM)
Konsep dan Ciri-Ciri
Sistem pengurusan Pengajaran (SPP) merupakan satu sistem yang boleh mengurus aktiviti dan bahan pengajaran yang diperlukan. Secara khususnya, SPP merupakan perisian yang menyediakan kemudahan infrastruktur untuk merancang, menghantar dan menguruskan program e-Pembelajaran. SPP digunakan untuk menyampai, menjejak dan mengurus latihan.
    SPP yang paling mudah ialah SPP yang digunakan bagi mengurus rekod latihan. Manakala SPP yang lebih kompleks ialah perisian yang digunakan bagi menyampaikan kursus melalui internet dan menawarkan kemudahan kolaborasi secara atas talian.

    Mengikut American Society for Training & Development (ASTD, 2002), perisian SPP perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
a. Sistem yang boleh menyokong pelbagai prinsip pembelajaran
b. Sistem yang dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber  Manusia
c. Sistem yang berperanan mentadbir aktiviti pengajaran

Sehubungan itu, ciri-ciri utama dalam SPP ialah seperti berikut:
 Maklumat mata pelajaran
 Nota kuliah dan pautan kepada berbagai sumber maklumat
 Kemudahan komunikasi
 Kemudahan penilaian


Image result for tumblr pictures
1. Kemudahan dalam SPP
SPP menyediakan kemudahan bagi menguruskan interaksi antara pelajar dengan tenaga pengajar melalui media komunikasi yang disediakan. Media komunikasi yang terkandung di dalam SPP antaranya ialah forum, papan buletin,e-mail dan chat room. Ianya merupakan media terbaik bagi tujuan komunikasi dalam e-pembelajaran


2.  SPP Online
- Kebanyakan SPP adalah berasaskan web bagi memudahkan capaian terhadap maklumat berkaitan isi kandungan pembelajaran dan pentadbiran pada sebarang masa, tempat dan keupayaan pengguna.
    Contoh aplikasi SPP ialah penyediaan pembelajaran atas talian (contohnya; latihan berasaskan komputer), pentaksiran atas talian, pengurusan pendidikan profesional, pembelajaran kolaboratif (contohnya: perkongsian aplikasi, perbincangan atas talian), pengurusan sumber latihan (contohnya: instruktor, kemudahan, kelengkapan) dan lain-lain lagi.

3. Landasan SPP
Senarai di bawah adalah sebahagian daripada landasan (platform) SPP yang ada.
Sumber terbuka:
 ATutor – Open Source Web-based Learning Content Management System
 Dokeos – eLearning and Course Management Web Application
 ILIAS – Open Source Learning Management System
 Moodle – Open Source Course Management System

Sistem tertutup:
 WebCT
 Blackboard
 eCollege

Perisian sumber terbuka (open source) boleh dimuat turun, diubahsuai dan diedarkan semula.

8.2 Kegunaan Sistem Pengurusan



Sistem Pengurusan Pembelajaran atau LMS mampu memberi impak kepada asas aktiviti institusi pendidikan. LMS juga memainkan peranan di dalam latihan dan pengukur kemahiran perniagaan. Ia perlu diselarikan dengan prosedur standard untuk semua aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran termasuk menangani isu-isu dasar yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti ini.

    Hasilnya terhadap pilihan LMS sama ada komersial atau Sumber Terbuka, telah menggabungkan semua isu ini di dalam pelaksanaannya. LMS biasanya menawarkan pelbagai alatan untuk menyediakan kursus yang lebih berkesan dan ia adalah alatan yang sesuai untuk memperkemaskan pembelajaran dengan menggunakan kelebihan yang terdapat di internet tanpa mengabaikan kepentingan seorang guru.

    Moodle merupakan salah satu perisian yang dilihat mempunyai nilai yang tinggi dan paling tinggi penggunaannya di dalam komuniti pendidikan, khususnya pendidikan tinggi dan universiti.
Kelebihan utama perisian Sumber Terbuka ialah kos pelesenannya dihapuskan tidak seperti LMS yang komersil. Faktor penting yang kedua ialah perisian Sumber Terbuka mempunyai fungsi yang boleh disesuaikan dan diubah untuk memenuhi keperluan pengguna. Di samping itu, sokongan bantuan terhadap Sumber Terbuka adalah amat kuat.



Image result for tumblr pictures


LMS perlulah kuat untuk menampung keperluan yang pelbagai bagi beribu-ribu pelajar, pentadbir, pembina kandungan dan pengajar secara serentak.
Moodle menyediakan antara muka berasaskan web yang sentiasa ada, yang membolehkan pelajar, tutor dan pentadbir secara rutin untuk log masuk dan menjalankan tugas-tugas harian mereka.


  •  Kemampuan untuk berkembang
  •  Kemampuan untuk menyediakan perkhidmatan terba
  •  Kemampuan untuk bertukar maklumat dan menggunakan maklumat
  •  Kestabilan
  •  Keselamatan

8.3 Kepentingan Sistem Pengurusan Pembelajaran


MS digunakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi.Selain itu,LMS turut digunakan di SPIN dan yahoogroups.Melalui SPIN,pelajar boleh mengakses maklumat pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui sambungan internet.Selain itu,melalui pangkalan Data-Link Web,membolehkan pengesanan pelajar dan computer,merekod dan dapat menganalisis prestasi pelajar.Di samping itu,LMS juga digunakan di yahoogroups melalui kursus komputer dalam pendidikan di Fakulti Pendidikan,UKM.Ia sebagai satu langkah ke arah pembelajaran  secara maya.Para pelajar dan pensyarah yang menyertai kumpulan di dalam yahoogroups akan memperolehi info atau maklumat mengenai pembelajaran di sana serta mewujudkan komunikasi antara pelajar denagn pelajar lain,dan pensyarah secara maya.Selain itu,LMS turut digunakan di Pejabat,Makmal,Bilik Tutorial,dan di dalam kelas.Oleh itu,LMS digunakan dengan menyeluruh pada masa kini.




Cara-cara menggunakan LMS ..
LMS digunakan untuk merancang e-Bahan,mengesan pencapaian pelajar dan mengesan status penggunaan pengguna.Selain itu,LMS harus dapat melakukan pekara-pekara berikut,antaranya adalah
·        Memusatkan dan strategi pembelajaran
·        Menggunakan perkhidmatan diri dan perkhidmatan sendiri berpandu
·        Memasang dan menyampaikan kandungan pembelajaran dengan cepat.
·        Menggabungkan inisiatif latihan pada platform berasaskan web yang berskala.
·        Mudah alih sokongan dan standart
·        Menyesuaikan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan.



Image result for tumblr pictures Kepentingan:

  • membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif.LMS melibatkan penggunaan kos secara efektif.Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.Melalui penggunaan LMS,pelajar juga berpeluang untuk berbincang dengan pakar dari universiti melalui emel atau blackboard.Selain itu,LMS dapat memberikan pelbagai kemudahan sama ada untuk pelajar,pengurus kursus,tutor,pengurus pusat pembelajaran.
  •  Kelebihan LMS kepada pelajar adalah,dapat merancang pembelajaran,dapat berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekelas secara maya dan memboleh pelbagai maklumat didapati.
  • Kelebihan LMS kepada pengurus pusat pembelajaran pula adalah,untuk menguasai penggunaan suatu perisian kursus dan dan dapat menyalur bahan dari pelbagai sumber.



Contoh Open Source Software yang digunakan oleh LMS..
·        Adope captive
·        Adope photoshop
·        LINUX
·        DOS
·        UNIX





Image result for tumblr picturesRefleksi Diri
Sistem pengurusan pembelajaran merupakan suatu sistem yang digunakan untuk mengurus pembelajaran pelajar dalam sesuatu institusi pembelajaran. Sistem ini melibatkan beberapa faktor iaitu para pensyarah, subjek-subjek, penyampaian ilmu pengetahuan, kolaborasi subjek, pemantauan, tugasan, ulang kaji dan peperiksaan. Sistem ini biasanya menggunakan internet melalui e-pembelajaran yang diperoleh di laman web universiti, institut atau kolej. Kaedah ini amat memudahkan pengurusan dilakukan ke atas pelajar, subjek-subjek setiap semester, membantu pensyarah mengurus subjek yang ditawarkan dan pentadbiran sepanjang pengajian di institut berkenaan. Dalam pada itu, sistem ini juga digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, membuat penilaian dan pentaksiran pembelajaran serta mengenal pasti kemajuan pembelajaran dalam kalangan pelajar. Akhir sekali, sistem ini amat menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar serta memudahkan para pensyarah untuk menyampaikan arahan serta maklumat pembelajaran.

Bab 7: Aplikasi Penggunaan Perisian Komputer

Pengenalan 
Secara amnya, perisian-perisian yang terdapatdi pasaran boleh dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan fungsi, jenis, tujuan dan sebagainya. Perisian sistem pengoperasian dalam sesebuah komputer merangkumi sistem pengoperasian dan juga kemudahan-kemudahan berkaitan yang membolehkan sesebuah sistem komputer beroperasi dengan lancar. Contoh perisian sistem pengoperasian antaranya ialah Microsoft Words, DOS, Unix, MacOs, Solaris dan sebagainya.



1. Perisian Utiliti

  • Perisian utiliti berperanan bagi menyokong, mempertingkatkan keupayaan serta menyelenggara perisian-perisian dan juga perkakasan yang sedia ada pada sesebuah sistem komputer.
  • Contoh-contoh perisian utiliti yang utama adalah perisian pengurusan ingatan, anti virus, diagnostik sistem, salinan pendua, keselamatan data, pemadatan fail dan sebagainya. 
  • Conoth:
  • Disk Clean-up, disk defragmenter, Perisian antivirus, Penjagaan cakera keras, Sistem sokongan (back-up), Utiliti arkib (archieve), Utiliti Pemampatan (compression), Utiliti Penyulitan (Encryption)

2 Perisian Pemprosesan Perkataan
Pemproses perkataan merupakan perisian komputer yang digunakan untuk mengarang, meformat, menyunting, dan mencetak dokumen. Pemproses perkataan merupakan perisian penggunaan terawal yang digunakan untuk meningkatkan lagi produktiviti pejabat dan komputer peribadi.
    Sesuatu pemproses perkataan juga ada dalam bentuk unit komputer bersendirian yang serupa kepada mesin taip, cuma lazimnya termasuk kecanggihan teknologi seperti skrin, pilihan pemformatan dan pencetakan canggih, serta kebolehan menyimpan dokumen dalam kad memori atau disket. Pemproses perkataan kebanyakannya membolehkan penggunanya memilih antara penaipan biasa dan penukaran mod-mod pemprosesan perkataan. Pemproses perkataan sedemikian ini tidak harus dikelirukan dengan mesin taip elektrik.
Pemproses perkataan merupakan keturunan dari alatan pemformatan teks (text formatting) awal (kadang-kadang dipanggil alatan justifikasi teks (text justification) sempena satu-satu kebolehan sebenarnya). Pemprosesan perkataan adalah salah satu daripada aplikasi-aplikasai terawal bagi komputer peribadi dalam produktiviti pejabat.
    Walaupun pemproses perkataan awal menggunakan tokokan berasakan tag (tag-based markup) bagi pemformatan dokumen, kebanyakan pemproses perkataan terkini mempunyai kelebihan antara muka unit grafik (graphical user interface atau GUI). Kebanyakannya adalah sistem-sistem berkuasa yang terdiri daripada satu atau lebih program yang boleh menghasilkan mana-mana kombinasi sebarangan imej, grafik dan teks, yang mana teks dikendali dengan kebolehan type-setting.
    Microsoft Word merupakan sistem pemprosesan perkataan komputer yang paling laris digunakan; Microsoft menganggarkan bahawa lebih 500 juta orang menggunakan setOffice. Selain itu, terdapat juga perisian penggunaan pemprosesan perkataan komersial yang lain, seperti WordPerfect. Perisian penggunaan sumber terbuka seperti OpenOfficeWriter dan KWord turut makin popular.

3 Perisian Hamparan Kerja
Perisian Hamparan Elektronik
6.1 Pengenalan kepada Perisian Hamparan Elektroik
6.1.1 Kegunaan Perisian Hamparan Elektronik

Mikrosoft Excel ialah program hamparan elektronik yang membolehkan anda menguruskan data, menyelesaikan pengiraan, membuat keputusan, menyediakan graf, menyelesaikan pengiraan, membuat keputusan, mengyediakan graf dan menyediakan laporan professional. Pogram Excel terdapat TIGA bahagian utama:

Lembaran kerja – Lembaran kerja membolehkan anda memasukkan, mengira, manipulasi dan analisis data seperti nombor dan teks.

Pangkalan Data – Excel dapat menguruskan data contoh jika anda memasukkan data baru dalam lembaran kerja, excel akan sisih, mencari data dengan tepat dan memilih data mengikut criteria.

Graf– Grafik carta yang mempersembahkan data. Excel boleh menghasilkan carta 2D dan 3D seperti graf kolum, carta pie dan lain-lain.

6.2 Memulakan Microsoft Excel

6.2.1 : Launch Microsoft Excel
1. Klik Start button pada Task Bar
2. Klik All Programs
3. Klik  Microsoft Office untuk membuka aplikasi  Microsoft Excel

Pengenalan kepada  Window MS Excel
1. Main Menu
Main menu mempunyai 9 command yang deretannya ialah File, Edit, View, Insert,Format, Tools, Data, Window and Help di mana huruf pertama setiap huruf pertama mempunyai garis di bawahnya. Kamu juga boleh buka semua command  dengan menekan  ALT + Huruf. Contohnya tekan ALT + F untuk membuka menu File
2. Formatting Toolbar

4 Perisian Persembahan Elektronik
PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK
  • Powerpoint 2007 merupakan perisian persembahan elektronik yang mempunyai banyak ciri-ciri baru dan serupa versi sebelumnya yang dapat dimanfaatkan. Microsoft Powerpoint menyediakan beberapa kaedah bagi membolehkan seseorang pengguna membina atau menghasilkan satu siri slaid atau persembahan elektronik yang diingini.


Persembahan
Sebuah persembahan adalah pengumpulan data dan maklumat yang perlu disampaikan kepada audien yang spesifik. Sebuah persembahan Powerpoint mengandungi kumpulan gambar elektronik yang terdiri daripada teks, grafik, imej, jadual, audio dan video. Koleksi ini dapat berjalan secara automatik atau boleh dikendalikan oleh penyampai

Membuka  Aplikasi Microsoft Powerpoint
<!--[if !supportLists]-->1.    <!--[endif]-->Klik Start, All Programs and Microsoft Office.
<!--[if !supportLists]-->2.    <!--[endif]-->Pilih Microsoft Office PowerPoint 2003.

3.   Skrin seperti di bawah akan dipaparkan
<!--[if !supportLists]-->4.  Paparan adalah antara muka PowerPoint
<!--[if supportLists]-->5.   Berikut merupakan Menu bar dan Toolbars 

Refleksi Diri
Secara keseluruhannya, dalam bab ini kita telah didedahkan dengan segala maklumat asas yang diperlukan dalam penggunaan teknologi maklumat untuk membolehkan kita mengakses maklumat dengan mudah, dapat menyediakan tugasan pembelajaran mengikut format yang diperlukan dan akhirnya dapat membina sendiri blog untuk membolehkan kita berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang lain. Oleh yang demikian, kita digalakkan mencuba sendiri setiap proses yang dijelaskan dalam bab ini supaya akhirnya kita dapat mengaplikasikan tugasan tersebut untuk menyempurnakan setiap tugasan yang akan diberikan.

ap

Wednesday, September 28, 2016

Bab 6: Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis

Pengenalan
Kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalsis melalui prinsip induksi atau deduksi. Penguasaan terhadap aspek kemahiran memproses maklumat akan membolehkan seseorang pelajar itu mengenal pasti nilai maklumat serta menggunakannya untuk membuat sesuatu tugasan atau keputusan tujuan peribadi, profesional maklumat berkebolehan untuk mencapai, menilai, menyusun, menyerap, dan menggunakan maklumat secara efektif dari pelbagai sumber serta format.

Image result


1. Menganalisis Maklumat yang Dikumpul
—- Bentuk maklumat yang perlu dianalisis ialah maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif.

—- Maklumat kuantitatif berbentuk nombor manakala maklumat kualitatif berbentuk teks, lakaran, rajah, foto dan sebagainya.


a) Analisis berbentuk kuantitatif
Data bernombor boleh dianalisis dengan kaedah seperti jadual, graf, frekuensi dan peratus.
—- Tujuannya supaya data-data berkenaan dapat diterangkan dengan jelas.
—- Data yang banyak dianalis menggunakan Statistical Package for the social Science (SPSS).
—-SPSS adalah software yang digunakan untuk menjalankan analisis statistik yang tinggi seperti skor min, regrasi, kolerasi.
Image result for contoh jadual bertugascontoh jadual bertugas

Image result for graf bar Contoh Graf bar

Image result for pie chart Contoh Pie Chart


2. Mentafsir Maklumat
—- Mentafsir maklumat bermaksud memberi penerangan atau mengulas tentang sesuatu bahan.
—- Mentafsir teks adalah memberi penerangan tentang teks yang telah dibaca dengan menjelaskan maksud tersurat dan mencari maksud tersirat.
—- Mentafsir foto, gambar, grafik atau lakaran ialah mencatatkan ciri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai semak yang disediakan.

3. Menilai Maklumat
Membuat penilaian dalam penulisan adalah membuat pertimbangan dan memberi rasional dan alasan yang mantap.
Setelah semua maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif dianalisis dan ditafsirkan, kesimpulan dibuat hasil analisis dan tafsiran yang telah dilakukan.
Akhirnya, maklumat berkenaan akan melalui proses penilaian

¨Autoriti – kesahan dan kebolehpercayaan maklumat yang diperoleh.
¨Ketepatanmaklumat yang tepat dapat memberikan maklumat yang berguna dan manfaat kepada pembaca.
¨Saksama( Impartially)- bersifat adil, neutral dan tidak berat sebelah, ia memenuhi objektif pembaca.
¨Nilai semasa (currency)- maklumat yang terkini
¨Lengkap dan jelas( coverage)- memberikan gambaran yang jelas dan lengkap tentang sesebuah isu.

4. Mensinteksis Maklumat
¨ merupakan aktiviti yang sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran aras tinggi.
¨Proses ini adalah peringkat menggabungkan/mencantumkan unsur yang berlainan bagi menghasilkan suatu idea baru secara menyeluruh.
¨Selain itu juga, sintesis adalah mengabungkan idea, mengubahkan semula idea dan menyatukan idea.
- Tujuan : Menyediakan data yang lebih sistematik, Gambaran yang menyeluruh tentang maklumat yang diketahui, Memudahkan pemahaman daripada pelbagai sumber yang diperoleh.



                                 Refleksi Diri
Image result       Perkembangan dunia dalam aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patriotik dan memlihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia dan manusia yang bertaraf dunia. 
       Sebagai bakal guru, kita harus memahami fenomena perubahan ini dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan satu corak penyampaian yang berkesan dan bermakna. Unsur kemahiran belajar perlu diselitkan secara bijak dalam proses pembelajaran.