1.0 Pengenalan
Pendidikan memainkan
peranan yang penting dalam pembangunan sesebuah Negara terutamanya di Malaysia,
sama ada dalam perkembangan ekonomi, pembinaan Negara bangsa mahupunpun
pengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Pendidikan telah
membolehkan seseorang individu meningkatkan taraf hidup di samping menjadi
insan yang dapat menyumbang jasa kepada Negara. Tambahan pula, mereka dapat
memahami, menerima dan menghargai perbezaan antara satu sama lain supaya
perpaduan Negara dapat dipupuk.
Kemahiran belajar boleh ditakrifkan sebagai keupayaan
atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Kemahiran ini membolehkan
seseorang individu mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan
seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup. Pelajar perlu menguasai
teknik belajar ini supaya mereka dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri
sendiri dalam proses pembelajaran sama ada di dalam kelas mahupun luar kelas. Cara
ini dapat mendorong pelajar tersebut berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dalam
mengatasi kelemahan dan menggunakan kelebihan yang ada untuk memaksimumkan
tahap pencapaian dalam pelajaran.
Sabri Samad (2003) berpendapat bahawa kemahiran belajar merupakan
prinsip, teori umum, dan kaedah tertentu yang mampu melipatgandakan
keberkesanan belajar. Kemahiran Belajar juga ditafsirkan sebagai satu kaedah yang
sistematik dan teratur dalam proses memperoleh dan memproses maklumat.
Penguasaan kemahiran Belajar ini amat penting bagi
pelajar lantaran terhadnya masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kuliah.
Hal ini menyebabkan pelajar tersebut hanya mendapat ilmu pengetahuan yang
terhad. Oleh yang demikian, pelajar perlulah menguasai kemahiran belajar ini
agar dapat memperoleh maklumat tambahan dan meningkatkan lagi prestasi mereka
dalam sesuatu pembelajaran. Oleh itu, pelajar mampu menilai tahap pembelajaran diri
sendiri dan seterusnya dapat memikirkan cara yang bersesuaian untuk meningkatkan
prestasi mereka.
2.0 Cara Membuat Nota
Kemahiran mencatat nota merujuk kepada keupayaan
seseorang untuk mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan dengan
menggunakan ayat gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan yang kemas
dan jelas juga merupakan elemen penting dalam menghasilkan nota yang bagus.
Pelajar seperti kita juga digalakkan untuk menggunakan kreativiti sendiri untuk
menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif supaya tidak berasa bosan
apabila baca balik apa yang telah kita catat.
Mencatat nota merupakan aktiviti yang penting bagi kita
kerana kuliah yang disampaikan oleh pensyarah merupakan sumber maklumat paling
utama bagi para pelajar. Pada abad ke-21 ini, pensyarah-pensyarah mahupun
cikgu-cikgu di sekolah telah digalakkan untuk menggunakan teknologi moden
seperti komputer dan projektor semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Nota-nota akan disiarkan dan dipaparkan melalui projektor tersebut ke atas
papan putih. Teknik pengambilan nota boleh atau perlu dipelajari (Jabar Ibrahim,
1992). Pelajar tidak seharusnya mengambil nota sebulat-bulat daripada pensyarah
tanpa sebarang tapisan. Yang penting, nota yang dicatatkan harus merupakan
fakta dan diperlukan pada masa hadapan. Pelajar mestilah boleh membezakan
maklumat penting dan tidak penting.
Kemahiran mencatat nota yang betul amat diperlukan bagi
sistem pembelajaran terutamanya di IPG. Pelajar seperti kita perlu mengamalkan
cara penyimpanan nota yang bersistematik untuk memudahkan diri sendiri semasa
mengulang kaji. Secara ringkasnya, terdapat 4 cara membuat nota iaitu
annotation, outline notes, column notes dan nota rumusan.
2.1 Masalah
yang Dihadapi Sewaktu Membuat Nota
Setelah memasuki Insititut Pendidikan
Guru, tidak dapat menafikan bahawa kehidupan di IPG adalah sangat berbeza
dengan kehidupan di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Umum mengetahui,
kuliah tidak sama dengan sekolah terutamanya dari segi cara pemakaian, gaya
pembelajaran, masa kuliah, cara untuk membuat nota, cara mendapat ilmu
pengetahuan dan sebagainya. Kesuntukan masa merupakan faktor dan masalah utama
kepada setiap mahasiswa mahasiswi. Hal ini demikian kerana masa kuliah adalah
tetap dan masa adalah terhad untuk membuat ulangkaji dan kerja kursus yang
diberikan. Semasa pensyarah atau rakan-rakan kita bentang tentang topik-topik
dalam subjek tersebut, kita akan menghadapi masalah semasa mencatat nota kerana
nota-nota ringkas tidak lagi diberikan dalam IPG.
Selain itu, masalah yang juga
dihadapi, terdapat sebahagian slaid dan maklumat yang dibentangkan oleh
rakan-rakan tidak lengkap atau tidak berkaitan dengan topik-topik yang
diberikan. Pada era globalisasi ini, maklumat hanya di hujung jari. Oleh itu,
generasi muda ini sering merujuk dan memetik maklumat daripada Internet tetapi
bukannya daripada silibus atau buku subjek tersebut. Kadangkala, ada yang
meletakkan berpuluh-puluh ayat atau perenggan dalam satu slaid dengan saiz
huruf yang paling minimum. Tambahan pula, pembentang mungkin membentang dan
tukar slaid dengan laju menyebabkan kita tidak sempat memcatat nota-nota yang
penting.
2.2 Cara
Mengatasi Masalah Membuat Nota
Bagi mengatasi masalah
mencatat nota, persediaan awal atau pembacaan bahan yang berkaitan sebelum
kuliah dapat membantu untuk memudahkan pemahaman kita terhadap tajuk yang
dibincangkan. Jika saya tertinggal atau tidak memahami sesuatu tajuk atau topik
yang dibincangkan, saya akan menyemak semula buku teks atau buku rujukan lain
selepas kuliah.
Seterusnya, nota mestilah dibuat
segera semasa atau selepas kuliah pada hari yang sama supaya pembelajaran baru
tidak menghalang pengingatan kita. Nota yang dibuat haruslah susun secara logik
dan teratur. Nota yang tersusun mengandungi tajuk, tarikh, isi penting, soalan
serta jawapan dan rumusan yang ringkas tetapi padat. Tajuk dan isi-isi penting
disusun mengikut kepentingan atau urutan logikal dan mudah difahami. Tambahan
pula, tulisan kita haruslah jelas dan kemas supaya senang dibaca semasa
ulangkaji. Oleh itu, nota yang berfungsi merupakan nota yang penuh dengan ilmu
pengetahuan serta fakta-fakta dan tulisan yang kemas.
3.0 Refleksi Diri
Refleksi
diri merupakan satu seproses melihat kembali pengalaman yang telah dialami
untuk mendapat pengalaman yang boleh dipelajari bagi diri sendiri.
Selepas 3 bulan menuntut ilmu di IPGKBM,
saya telah sedar bahawa cara pembelajaran di sini adalah sangat berbeza dengan
sebelum ini terutamanya dari segi
membuat nota. Hal ini demikian kerana nota-nota semasa berada di sekolah
menengah sering disediakan dan dibagikan oleg cikgu-cikgu kepada kami semua.
Saya tidak perlu bersusah payah untuk fikirkan cara membuat sendiri nota-nota
tentang subjek tersebut. Kini, melalui
subjek Kemahiran Belajar, saya telah mempelajari cara-cara untuk menghasilkan
nota-nota ringkas dan padat yang berkesan serta sangat membantu dalam proses
P&P.
Sebagai contoh, waktu subjek Kemahiran
Belajar, saya akan mencatatkan nota melalui slaid-slaid pembentangan yang
disediakan oleh rakan-rakan sekelas saya. Saya rasa peta minda merupakan cara yang
paling menarik dan mudah difahami apabila membuat nota. Selain daripada peta
minda, kadangkala saya juga akan menggunakan cara annotation. Annotation
merupakan catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentuk penerangan
ringkas. Ringkasan mudah difahami dan cara ini senang dibuat terutamanya semasa
mencatatkan maklumat-maklumat melalui slaid yang dibentangkan. Penjelasan
tersebut dapat memberi maklumat yang cukup untuk membuat keputusan saam ada
perlu atau tidak membaca karya yang lengkap.
4.0 Rumusan
Secara kesimpulannya, dalam proses
pembelajaran mahupun melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah,
seseorang pelajar hendaklah menyusun strategi untuk membolehkan mereka
menguasai segala isi pelajaran dan maklumat yang diperoleh agar dapat diproses
oleh otak dengan lebih mudah. Untuk itu, penggunaan peta pemikiran dan peta
minda adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat
analisis bagi menghasilkan sesuatu yang bermakna. Cara-cara membuat nota yang
berkesan juga diperlukan agar kita dapat bersiap sedia sepenuhnya bagi
menghadapi peperiksaan. Secara keseluruhannya, sama ada kita berfikir
ataskapasiti sebagai seorang pendidik mahupun pelajar, daya pemikiran kita
perlu dirangsang agar dapat menyumbangkan sesuatu kepada pelajar, anak,
pembelajaran yang anda jalani mahupun organisasi tempat anda bertugas. Oleh
yang demikian, kita perlulah mencari sesuatu bahan yang bakal membolehkan andad
bertindak sedemikian.
No comments:
Post a Comment