Wednesday, September 28, 2016

Bab 6: Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis

Pengenalan
Kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalsis melalui prinsip induksi atau deduksi. Penguasaan terhadap aspek kemahiran memproses maklumat akan membolehkan seseorang pelajar itu mengenal pasti nilai maklumat serta menggunakannya untuk membuat sesuatu tugasan atau keputusan tujuan peribadi, profesional maklumat berkebolehan untuk mencapai, menilai, menyusun, menyerap, dan menggunakan maklumat secara efektif dari pelbagai sumber serta format.

Image result


1. Menganalisis Maklumat yang Dikumpul
—- Bentuk maklumat yang perlu dianalisis ialah maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif.

—- Maklumat kuantitatif berbentuk nombor manakala maklumat kualitatif berbentuk teks, lakaran, rajah, foto dan sebagainya.


a) Analisis berbentuk kuantitatif
Data bernombor boleh dianalisis dengan kaedah seperti jadual, graf, frekuensi dan peratus.
—- Tujuannya supaya data-data berkenaan dapat diterangkan dengan jelas.
—- Data yang banyak dianalis menggunakan Statistical Package for the social Science (SPSS).
—-SPSS adalah software yang digunakan untuk menjalankan analisis statistik yang tinggi seperti skor min, regrasi, kolerasi.
Image result for contoh jadual bertugascontoh jadual bertugas

Image result for graf bar Contoh Graf bar

Image result for pie chart Contoh Pie Chart


2. Mentafsir Maklumat
—- Mentafsir maklumat bermaksud memberi penerangan atau mengulas tentang sesuatu bahan.
—- Mentafsir teks adalah memberi penerangan tentang teks yang telah dibaca dengan menjelaskan maksud tersurat dan mencari maksud tersirat.
—- Mentafsir foto, gambar, grafik atau lakaran ialah mencatatkan ciri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai semak yang disediakan.

3. Menilai Maklumat
Membuat penilaian dalam penulisan adalah membuat pertimbangan dan memberi rasional dan alasan yang mantap.
Setelah semua maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif dianalisis dan ditafsirkan, kesimpulan dibuat hasil analisis dan tafsiran yang telah dilakukan.
Akhirnya, maklumat berkenaan akan melalui proses penilaian

¨Autoriti – kesahan dan kebolehpercayaan maklumat yang diperoleh.
¨Ketepatanmaklumat yang tepat dapat memberikan maklumat yang berguna dan manfaat kepada pembaca.
¨Saksama( Impartially)- bersifat adil, neutral dan tidak berat sebelah, ia memenuhi objektif pembaca.
¨Nilai semasa (currency)- maklumat yang terkini
¨Lengkap dan jelas( coverage)- memberikan gambaran yang jelas dan lengkap tentang sesebuah isu.

4. Mensinteksis Maklumat
¨ merupakan aktiviti yang sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran aras tinggi.
¨Proses ini adalah peringkat menggabungkan/mencantumkan unsur yang berlainan bagi menghasilkan suatu idea baru secara menyeluruh.
¨Selain itu juga, sintesis adalah mengabungkan idea, mengubahkan semula idea dan menyatukan idea.
- Tujuan : Menyediakan data yang lebih sistematik, Gambaran yang menyeluruh tentang maklumat yang diketahui, Memudahkan pemahaman daripada pelbagai sumber yang diperoleh.



                                 Refleksi Diri
Image result       Perkembangan dunia dalam aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patriotik dan memlihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia dan manusia yang bertaraf dunia. 
       Sebagai bakal guru, kita harus memahami fenomena perubahan ini dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan satu corak penyampaian yang berkesan dan bermakna. Unsur kemahiran belajar perlu diselitkan secara bijak dalam proses pembelajaran. 

Bab 5: Kemahiran Mengambil dan Membuat Nota

Image resultPengenalan
Mencatat nota adalah satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesanannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar. Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikkan teknik-tenik untuk menyediakan nota yang bermutu.



1. Cara Membuat Nota
Kemahiran mencatat nota juga merujuk kepada keupayaan kita untuk mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas.
    Mencatat nota merupakan aktiviti yang sangat penting kepada pelajar terutamanya kita. Kemahiran mencatat nota yang efektif penting dalam proses pembelajaran di universiti kerana kuliah yang disampaikan oleh pensyarah merupakan sumber makluamt paling utama bagi para pelajar. Teknik mengambil nota boleh atau perlu dipelajari (Jabar Ibrahim, 1992).


  • Terdapat 3 jenis catatan nota:
  • a) Annotation - Memberi penjelasan dalam bentuk penerangan ringkas mengenai sesuatu kerja seperti artikel, bab buku, laman web dan filem.
  • b) Outline Notes- Nota juga boleh diambil menggunakan outline, iaitu menggunakan frasa dan kata kunci.
  • c) Column Notes- Column notes adalah cara mengambil nota menggunakan format berbentuk lajur. Teknik ini lebih sesuai bagi subjek Sains dan Matematik.
  • d) Nota Rumusan- Nota juga boleh dicatat dalam bentuk rumusan. Nota rumusan mengandungi semua maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam perenggan.


2. Alat-alat Berfikir dalam Membuat Nota
Image result
  • Penguasaan pelajar terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir.
  • Contoh: pengurusan grafik, peta minda, Pemetaan i-Think, teknik menyoal aras tinggi, alat Cort 1, dan alat Cort IV. 
  • Kebaikan: meningkatkan kemahiran berfikir, menyampaikan idea dengan lebih tersusum, jelas dan mudah difahami.

Image result for peta minda



Image result for pemetaan i-think



Refleksi Diri

  Kesimpulannya, kita perlu bijak dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan.pemikiran yang kreatif dan kritis amat diperlukan untuk melansungkan kehidupan dengan baik pada abad ke-21 ini. Sebagai seseorang yang bakal digelar guru, kita harus memahami dan pandai mengaplikasikan pemikiran aras tinggi untuk menyelesaikan pelbagai masalah.maka,teknik menulis dan membuat nota serta pemahaman tentang alat-alat cort perlu diketahui dan dikuasai
Image result
        Penggunaan peta pemikiran dan peta minda adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis bagi menghasilkan sesuatu yang bermakna. Secara keseluruhannya, sama ada anda berfikir atas kapasiti sebagai seorang pendidik, mahupun ibu bapa atau pelajar, daya pemikiran kita perlu dirangsang agar dapat menyumbangkan sesuatu kepada pelajar kelak. 

Bab 4: Teknik Membaca

Pengenalan
Kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu, kita perlu mengetahui teknik membaca yang betul kerana kemahiran ini amat penting dalam suatu proses pembelajaran.
    Membaca adalah proses berfikir yang melibatkan pemikiran perkara tersurat, tersirat, menghubung kaitkan idea, menyoal, dan bertindak balas dengan memberi idea dan mengaplikasikan maklumat baru ke dalam situasi baru. Proses membaca yang berkesan memerlukan kemahiran yang tertentu. Untuk memperoleh keputusan yang cemerlang, seseorang pelajar perlu mempunyai kemahiran membaca yang betul. Bagi mengelakkan pembaziran masa, pelajar perlu mengetahui dan melatih diri untuk membaca dengan betul berdasarkan kaedah-kaedah pembacaan yang sesuai.Image result



Proses Membaca
i. Sebelum membaca

  • Menentukan bahan yang akan dibaca
  • Menentukan cara bahan disusun
  • Menentukan perkara yang perlu diingati daripada bahan
  • Tujuan membaca
ii. Semasa membaca
  • Mengenal pasti isi-isi penting
  • Mengenal pasti pola pemikiran penulis
  • Menghubungkan idea-idea
  • Meramal apa yang akan berlaku
  • Menghubungkan idea penulis dengan maklumat yang sudah diketahui
iii. Selepas membaca
  • Mengenal pasti tujuan penulis
  • menganalisis teknik dan bahasa penulis
  • Menilai kecekapan dan kewibawaan penulis
Image result


Teknik Pembacaan
i. Cepat
- Kaedah membaca tanpa memerhatikan setiap perkataan dengan teliti
- Membaca satu artikel secara sistematik
- Tujuan : mencari maklumat daripada sesuatu sumber dengan efektif, mendapat idea pusat daripada sesuatu artikel.
- Kebaikan: mempertingkatkan kepantasan untuk membaca buku, menjimatkan masa dan tenaga, masa ulangkaji lebih efektif.
  • Scanning
  • Teknik untuk membaca sesuatu maklumat atau fakta khusus dengan pantas
    Membaca dengan lebih cepat, mudah dan optimum
    Bermula dengan membaca indeks dan isi kandungan, kerana bacaan tersebut akan memudahkan mencapai arah matlamat
    Mencari maklumat yang mudah yang tidak melibatkan idea yang rumit
    Mencari maklumat yang memerlukan huraian yang panjang sahaja semasa memerlukan
  • Skimming
  • Teknik bacaan pantas sementara
    Membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat
    Melompat dari satu bahagian ke bahagian yang lain dalam muka surat yang sama
    Hanya kepantasan dititik beratkan
    Membaca Tajuk, Tajuk Kecil, Simbol, Huruf-huruf dihitamkan, dan sebagainya

Image result


ii. Cepat
  • SQ3R (Satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan).

  • S-SURVEY(MENGKAJI)
    Q-QUESTION(MENYOAL)
    R-READ(MEMBACA)
    R-RECITE(MENYEBUT)
    R-REVIEW(MENGULAS)

  • KWLH 
  •    K (KNOW)- apa yang telah diketahui
      W (WANT)- apa yang hendak diketahui
      L (LEARNED)- apa yang telah diketahui
      H (HOW)- bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan


                                      Refleksi Diri
Image resultSelain teknik pembacaan cepat, terdapat juga teknik pembacaan perlahan yang turut dikenali sebagai teknik bacaan secara kritis. Teknik bacaan ini terdiri daripada dua teknik iaitu teknik K-W-L-H (know, want, learned, how) dan teknik SQ3R (survey, question, read, recite, review). Segala teknik-teknik pembacaan yang telah dipelajari ini diharapkan dapat membantu kita dalam menguasai bidang akademik di Institut Pendidikan Guru(IPG) serta seterusnya dapat dicurahkan kepada anak didik kita, sekiranya,kita telah bergelar menjadi seorang pendidik kelak.