Monday, October 10, 2016

Tugasan 2

1.0 Pengenalan
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesebuah Negara terutamanya di Malaysia, sama ada dalam perkembangan ekonomi, pembinaan Negara bangsa mahupunpun pengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Pendidikan telah membolehkan seseorang individu meningkatkan taraf hidup di samping menjadi insan yang dapat menyumbang jasa kepada Negara. Tambahan pula, mereka dapat memahami, menerima dan menghargai perbezaan antara satu sama lain supaya perpaduan Negara dapat dipupuk.
            Kemahiran belajar boleh ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Kemahiran ini membolehkan seseorang individu mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup. Pelajar perlu menguasai teknik belajar ini supaya mereka dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri sendiri dalam proses pembelajaran sama ada di dalam kelas mahupun luar kelas. Cara ini dapat mendorong pelajar tersebut berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dalam mengatasi kelemahan dan menggunakan kelebihan yang ada untuk memaksimumkan tahap pencapaian dalam pelajaran.
            Sabri Samad (2003) berpendapat bahawa kemahiran belajar merupakan prinsip, teori umum, dan kaedah tertentu yang mampu melipatgandakan keberkesanan belajar. Kemahiran Belajar juga ditafsirkan sebagai satu kaedah yang sistematik dan teratur dalam proses memperoleh dan memproses maklumat.
            Penguasaan kemahiran Belajar ini amat penting bagi pelajar lantaran terhadnya masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kuliah. Hal ini menyebabkan pelajar tersebut hanya mendapat ilmu pengetahuan yang terhad. Oleh yang demikian, pelajar perlulah menguasai kemahiran belajar ini agar dapat memperoleh maklumat tambahan dan meningkatkan lagi prestasi mereka dalam sesuatu pembelajaran. Oleh itu, pelajar mampu menilai tahap pembelajaran diri sendiri dan seterusnya dapat memikirkan cara yang bersesuaian untuk meningkatkan prestasi mereka.

2.0 Cara Membuat Nota
            Kemahiran mencatat nota merujuk kepada keupayaan seseorang untuk mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan dengan menggunakan ayat gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan yang kemas dan jelas juga merupakan elemen penting dalam menghasilkan nota yang bagus. Pelajar seperti kita juga digalakkan untuk menggunakan kreativiti sendiri untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif supaya tidak berasa bosan apabila baca balik apa yang telah kita catat.
            Mencatat nota merupakan aktiviti yang penting bagi kita kerana kuliah yang disampaikan oleh pensyarah merupakan sumber maklumat paling utama bagi para pelajar. Pada abad ke-21 ini, pensyarah-pensyarah mahupun cikgu-cikgu di sekolah telah digalakkan untuk menggunakan teknologi moden seperti komputer dan projektor semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P). Nota-nota akan disiarkan dan dipaparkan melalui projektor tersebut ke atas papan putih. Teknik pengambilan nota boleh atau perlu dipelajari (Jabar Ibrahim, 1992). Pelajar tidak seharusnya mengambil nota sebulat-bulat daripada pensyarah tanpa sebarang tapisan. Yang penting, nota yang dicatatkan harus merupakan fakta dan diperlukan pada masa hadapan. Pelajar mestilah boleh membezakan maklumat penting dan tidak penting.
            Kemahiran mencatat nota yang betul amat diperlukan bagi sistem pembelajaran terutamanya di IPG. Pelajar seperti kita perlu mengamalkan cara penyimpanan nota yang bersistematik untuk memudahkan diri sendiri semasa mengulang kaji. Secara ringkasnya, terdapat 4 cara membuat nota iaitu annotation, outline notes, column notes dan nota rumusan.



       2.1 Masalah yang Dihadapi Sewaktu Membuat Nota
          Setelah memasuki Insititut Pendidikan Guru, tidak dapat menafikan bahawa kehidupan di IPG adalah sangat berbeza dengan kehidupan di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Umum mengetahui, kuliah tidak sama dengan sekolah terutamanya dari segi cara pemakaian, gaya pembelajaran, masa kuliah, cara untuk membuat nota, cara mendapat ilmu pengetahuan dan sebagainya. Kesuntukan masa merupakan faktor dan masalah utama kepada setiap mahasiswa mahasiswi. Hal ini demikian kerana masa kuliah adalah tetap dan masa adalah terhad untuk membuat ulangkaji dan kerja kursus yang diberikan. Semasa pensyarah atau rakan-rakan kita bentang tentang topik-topik dalam subjek tersebut, kita akan menghadapi masalah semasa mencatat nota kerana nota-nota ringkas tidak lagi diberikan dalam IPG.
          Selain itu, masalah yang juga dihadapi, terdapat sebahagian slaid dan maklumat yang dibentangkan oleh rakan-rakan tidak lengkap atau tidak berkaitan dengan topik-topik yang diberikan. Pada era globalisasi ini, maklumat hanya di hujung jari. Oleh itu, generasi muda ini sering merujuk dan memetik maklumat daripada Internet tetapi bukannya daripada silibus atau buku subjek tersebut. Kadangkala, ada yang meletakkan berpuluh-puluh ayat atau perenggan dalam satu slaid dengan saiz huruf yang paling minimum. Tambahan pula, pembentang mungkin membentang dan tukar slaid dengan laju menyebabkan kita tidak sempat memcatat nota-nota yang penting.
    
      2.2 Cara Mengatasi Masalah Membuat Nota
  Bagi mengatasi masalah mencatat nota, persediaan awal atau pembacaan bahan yang berkaitan sebelum kuliah dapat membantu untuk memudahkan pemahaman kita terhadap tajuk yang dibincangkan. Jika saya tertinggal atau tidak memahami sesuatu tajuk atau topik yang dibincangkan, saya akan menyemak semula buku teks atau buku rujukan lain selepas kuliah.
            Seterusnya, nota mestilah dibuat segera semasa atau selepas kuliah         pada hari yang sama supaya pembelajaran baru tidak menghalang pengingatan kita. Nota yang dibuat haruslah susun secara logik dan teratur. Nota yang tersusun mengandungi tajuk, tarikh, isi penting, soalan serta jawapan dan rumusan yang ringkas tetapi padat. Tajuk dan isi-isi penting disusun mengikut kepentingan atau urutan logikal dan mudah difahami. Tambahan pula, tulisan kita haruslah jelas dan kemas supaya senang dibaca semasa ulangkaji. Oleh itu, nota yang berfungsi merupakan nota yang penuh dengan ilmu pengetahuan serta fakta-fakta dan tulisan yang kemas.

  

3.0 Refleksi Diri
Refleksi diri merupakan satu seproses melihat kembali pengalaman yang telah dialami untuk mendapat pengalaman yang boleh dipelajari bagi diri sendiri.
     Selepas 3 bulan menuntut ilmu di IPGKBM, saya telah sedar bahawa cara pembelajaran di sini adalah sangat berbeza dengan sebelum ini terutamanya  dari segi membuat nota. Hal ini demikian kerana nota-nota semasa berada di sekolah menengah sering disediakan dan dibagikan oleg cikgu-cikgu kepada kami semua. Saya tidak perlu bersusah payah untuk fikirkan cara membuat sendiri nota-nota tentang subjek tersebut.  Kini, melalui subjek Kemahiran Belajar, saya telah mempelajari cara-cara untuk menghasilkan nota-nota ringkas dan padat yang berkesan serta sangat membantu dalam proses P&P.
     Sebagai contoh, waktu subjek Kemahiran Belajar, saya akan mencatatkan nota melalui slaid-slaid pembentangan yang disediakan oleh rakan-rakan sekelas saya. Saya rasa peta minda merupakan cara yang paling menarik dan mudah difahami apabila membuat nota. Selain daripada peta minda, kadangkala saya juga akan menggunakan cara annotation. Annotation merupakan catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentuk penerangan ringkas. Ringkasan mudah difahami dan cara ini senang dibuat terutamanya semasa mencatatkan maklumat-maklumat melalui slaid yang dibentangkan. Penjelasan tersebut dapat memberi maklumat yang cukup untuk membuat keputusan saam ada perlu atau tidak membaca karya yang lengkap.


4.0 Rumusan

      Secara kesimpulannya, dalam proses pembelajaran mahupun melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, seseorang pelajar hendaklah menyusun strategi untuk membolehkan mereka menguasai segala isi pelajaran dan maklumat yang diperoleh agar dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Untuk itu, penggunaan peta pemikiran dan peta minda adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis bagi menghasilkan sesuatu yang bermakna. Cara-cara membuat nota yang berkesan juga diperlukan agar kita dapat bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi peperiksaan. Secara keseluruhannya, sama ada kita berfikir ataskapasiti sebagai seorang pendidik mahupun pelajar, daya pemikiran kita perlu dirangsang agar dapat menyumbangkan sesuatu kepada pelajar, anak, pembelajaran yang anda jalani mahupun organisasi tempat anda bertugas. Oleh yang demikian, kita perlulah mencari sesuatu bahan yang bakal membolehkan andad bertindak sedemikian.